Wednesday, 2 October 2013

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA MASYARAKAT MALAYSIA




Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.

PENDAPAT-PENDAPAT PARA TOKOH TEMPATAN DAN DUNIA TENTANG DEFINISI KESANTUNAN

Lakoff (1957:64)

Kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Fraser dan Nolan (1981:96)

Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Leech (1983:104)

Kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.

Brown dan Levinson (B&L)

Kesantunan adalah usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.

Asmah Haji Omar (2000:88)

Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.

Bayraktaroglu (1997:5)

Kesantunan merupakan perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman bagi mengelakkan ancaman dan ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang terbabit dalam perbualan menjadi renggang.


Berdasarkan pentakrifan beberapa tokoh diatas, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan merupakan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga hati dan air muka pendengar. Orang Melayu yang berpegang pada ajaran Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan sama ada berbahasa atau bukan bahasa sebagai satu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi perlakuan menjurus ke arah amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas  akan diterima sebagai perlakuan yang santun. Kesantunan dalam berbahasa juga boleh diwujudkan dengan mementingkan budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas serta berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan masyarakat sejagat yang bertanggung jawab.
Dalam pantun juga, unsur nasihat dan teguran telah diwujudkan, seperti pantun berikut:

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Sumber: Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan Edisi Kedua Karya Noriati A. Rashid

No comments:

Post a Comment