Thursday, 3 October 2013

ISU PANGGILAN HORMAT DAN SAPAAN

Masa kini, kita dapat melihat fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda kian lapuk terutamanya bagi yang tinggal di kota. Antara isu yang menjadi fokus utama dalam kesantunan masyarakat Malaysia ialah isu panggilan hormat. Panggilan hormat ini bukan sahaja diberikan kepada orang yang lebih tua daripada kita, malah terhadap rakan sebaya dan orang yang lebih muda daripada kita. 

Hari ini, jarang sekali kita dengar panggilan pak cik, mak cik, pak ngah dan sebagainya. Panggilan ayah juga telah berkurang dan ada juga yang hanya memanggil orang tua mereka dengan nama. Hal ini mungkin disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan drama-drama Inggeris atau tayangan di televisyen oleh masyarakat barat di mana mereka memanggil orang tua mereka dengan nama bukannya dengan panggilan ayah atau ibu. Mereka terlalu terikut dengan budaya ini dan menganggap budaya ini sebagai budaya moden.

Mereka mengagungkan budaya barat daripada budaya mereka sendiri dan mereka menganggap budaya mereka telah lapuk dan tidak mengikuti perkembangan. Ibu bapa mereka juga seakan tidak kisah dan membenarkan anak mereka mengagungkan budaya barat berbanding budaya Melayu. Bahasa Melayu terdapat sistem sapaan yang tersendiri. Sistem sapaan dalam bahasa Melayu menunjukkan rasa hormat terhadap seseorang individu itu. Pemilihan kata yang sesuai haruslah diajar

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika generasi hari ini tidak diajar kesantunan berbahasa dalam budaya Melayu,maka, pincanglah akhlak dan sudah pasti, budaya Melayu akan lapuk ditelan zaman.

No comments:

Post a Comment