Thursday, 3 October 2013

ISU BAHASA SINGKATAN



Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan dalam komunikasi dengan sahabat-sahabat atau teman-teman mereka. Bahasa singkat ini telah banyak mempengaruhi penulisan di dalam esei atau karangan yang mereka tulis di sekolah. Mereka memendekkan ejaan seperti ‘aku’ ditulis sebagai ‘aq’, ‘sayang’ sebagai ‘cyg’ dan bermacam-macam lagi. Bermulanya isu ini apabila negara kita terlibat di dalam arus globalisasi dan modenisasi di mana komunikasi tidak lagi mempunyai batasan dan penggunaan laman sosial serta pesanan ringkas sebagai wahana perbualan semakin berleluasa.

Berikut merupakan contoh penggunaan bahasa singkat oleh seorang pelajar di laman sosial Facebook. Laman sosial serta sistem pesanan ringkas bukanlah sesuatu yang asing bagi kita dan ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun di laman sosial.  Umum diketahui, kita akan terjumpa penggunaan bahasa singkat yang oleh rakan-rakan laman sosial atau teman pesanan ringkas kita. Di sini, laman sosial dan sistem pesanan ringkas dilihat sebagai penyebab kepada penggunaan bahasa singkat. Hal ini kerana penggunaan bahasa mereka selain di atas kertas tidak akan dinilai oleh orang lain atau pemeriksa. Sedangkan terdapat guru-guru dan orang-orang profesional yang menggunakan bahasa singkat

Dapat dikesan bahawa penggunaan bahasa singkatan ini adalah kerana kemalasan  yang menular dan kurangnya pengamatan dalam sifat cinta akan bahasa kita. Apabila seseorang melihat majoriti rakannya, terutamanya rakan yang akrab dengan individu itu menggunakan bahasa singkat, secara tidak langsung, individu tersebut akan mengikuti jejak langkah rakan-rakannya itu hasil daripada pengaruh yang besar dari laman sosial dan sistem pesanan ringkas. Ini amat menyimpang daripada norma penggunaan bahasa yang santun yang sentiasa diajar dan digunakan di bangku sekolah kerana bidalan ada mengatakan bahawa “Bahasa Jiwa Bangsa”. 

Bahasa merupakan salah satu contoh imej masyarakat di negara kita serta menunjukkan tahap kesantunan sebuah masyarakat itu. Tambahan lagi, negara kita merupakan negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Jika kita tidak menerapkan semangat menggunakan bahasa yang betul, agak senang bagi bahasa serta bangsa kita tercemar kerana ia tidak melihatkan keindahan bahasa itu di persada dunia. 



1 comment: