Definisi Media
Media massa merujuk kepada radio,
televisyen, suratkhabar, majalah, brosur, internet, telefon (SMS) dan segala
sumber yang bersifat mengendalikan maklumat bagi masyarakat umum.
Media merujuk kepada alat yang
mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih
moden. Media menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium
perantaraan dalam sesuatu masyarakat. Media bukan sahaja merupakan cermin kepada
masyarakat malahan media juga merupakan alat perubahan kepada sesuatu
masyarakat.
Dalam sistem demokrasi, media
merupakan sumber primer dalam komunikasi massa. Media massa pada masa kini
telah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan
tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan
perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Media sebaran am sudah dianggap
sesuatu yang lazim, perkara yang sebati dengan masyarakat manusia moden.
Hubungan
Bahasa Melayu dengan Media
Bahasa merupakan alat yang amat
penting bagi menghubungkan semua rakyat dan bahasa juga memberikan banyak
sumbangan terhadap media. Hal ini kerana untuk menyampaikan mesej sesuatu
perkara itu melalui media, penggunaan bahasa terutamanya bahasa Malaysia haruslah
dititikberatkan. Dengan begitu, penyampaian media akan lebih berkesan
seterusnya dapat memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia serta menjana
kreativiti dan juga kualiti penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan
masyarakat sejagat.
Jika kita dapat lihat dalam setiap
aspek media seperti media massa mahupun media cetak, penggunaan bahasa yang
baik dan yang dikatakan sebagai kesantunan bahasa semakin terhakis dari semasa
ke semasa. Sebagai seseorang yang hidup pada zaman pasca merdeka ini, semakin
ramai yang alpa tentang betapa pentingnya penggunaan bahasa dan juga perlakuan
yang sopan serta budi bahasa yang ditunjukkan semasa dalam penggunaan media dan
perkara ini sangat membimbangkan banyak pihak terutamanya kepada kanak-kanak
seawal usia di mana mereka telah didedahkan dengan pelbagai aspek media dengan
penggunaan bahasa yang kurang memuaskan. Penggunaan bahasa makian, bangga diri,
memfitnah dan lain-lain menyumbang kepada kepincangan kualiti yang generasi
akan datang dapat. Apatah lagi kanak-kanak yang baru sahaja setahun jagung
telah didedahkan dengan televisyen dan fungsinya sekali. Jika ibu bapa itu
merupakan ibu bapa yang tahu akan kepentingan penggunaan bahasa yang baik,
pasti mereka tidak akan mendedahkan anak-anak mereka untuk terjebak dengan
kesalahan yang jelas terpampang dalam media terutamanya televisyen dan juga
komputer.
Media berperanan dalam membentuk
”wacana akal sihat”. Apa yang diterbitkan di dada-dada akhbar akan menjadi
bahan rujukan para pembaca, dan seterusnya menjadi rangka representatif
perilaku atau cerita seterusnya. Hal ini bukanlah sikap yang bijaksana, kerana pembaca
harusnya menganggap bahawa surat khabar tertentu adalah salah satu sumber
berita saja, bukan segalanya. Oleh sebab itu, muncullah analisis krisis wacana
untuk menyempurnakan analisis wacana sebelumnya. Wacana ini mengajar kita untuk
berfikir dengan jernih, terbuka dan kritis, misalnya dalam analisis teks
bahasa; praktis wacana dan juga analisis praktis sosiokultural.
Sumber maklumat: http://sofiansukentes.wordpress.com/2009/10/29/bahasa-dan-media-massa/